Perlawanan Bola Sepak Persahabatan Pemuda Isma Gombak dan Dewan Pemuda Pas Wangsa Maju

Oleh: Areisman Salleh
Damansara Damai, 13 Julai- Kemenangan didalam kekalahan. Mungkin itu frasa paling tepat bagi mengambarkan perasaan para pemain Pemuda Isma Gombak ketika bertemu Dewan Pemuda Pas Wangsa Maju (DPPWM) di dalam Perlawanan Bolasepak Persahabatan, malam tadi.

Ini merupakan pertemuan kedua bagi kedua pihak dimana pada pertemuan pertama, Pemuda Isma Gombak mencatatkan kemenangan tipis 1-0. Pada pertemuan kali ini, Pemuda Isma Gombak bermula garang dengan menghasilkan gol pada awal minit permainan oleh Ridwan Rais dan Hammad, selain ditambah satu gol pada awal minit separuh masa kedua.

Mungkin kerana terlalu selesa dengan bilangan gol yang dihasilkan, kelekaan para pemain Pemuda Isma Gombak dihukum sehingga DPPWM berjaya menyamakan kedudukan. Di hujung saat akhir, DPPWM berjaya menjaringkan gol kemenangan dan seterusnya memberikan keputusan 4-3 pada malam itu.

Melalui kekalahan ini, banyak iktibar yang boleh diambil dari pelbagai aspek termasuk teknikal dan taktikal permainan. Semoga pasukan Pemuda Isma Gombak kembali dengan lebih kuat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *