Tiada Lagi Penjualan Arak di Gombak Ria

Oleh: Nur Areisman Salleh

Gombak Ria, 4 Jun 2019- Permintaan penduduk Gombak Ria ditunaikan oleh KK Mart untuk memberhentikan penjualan arak di premis mereka.

Diketuai Ustaz Assidiq Fauzan, penyelaras syukbah ISMA Gombak, beliau berjaya menghimpunkan suara penduduk taman yang terdiri daripada pihak masjid, surau, komuniti rukun tetangga, JKKK, ahli majlis, ketua kampung, PIBG, dan ADUN agar lebih didengari oleh pihak yang terlibat.

Untuk makluman, Gombak Ria mempunyai 95% penduduk Muslim dan penjualan arak di kawasan itu amat tidak relevan. Sebanyak 500 tanda tangan penduduk setempat yang membangkang penjualan arak di juga berjaya dikumpulkan.

Berkat usaha dari pelbagai pihak, hari ini, KK Mart bersetuju untuk memberhentikan penjualan arak di premis mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *