Bakul Kasih Ramadhan I-Medik

Oleh: Muadz Asri
Gombak, 26 Mei – Program Bakul Kasih Ramadhan anjuran Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia (I- Medik) cawangan Gombak dengan kerjasama Isma Gombak telah diadakan serentak di Hospital Selayang dan Hospital Ampang.

Sebanyak 200 beg sumbangan telah diserahkan kepada pesakit dan petugas kesihatan di dua hospital tersebut. Penyerahan sumbangan di Hospital Selayang turut dimeriahkan dengan kehadiran YDP Isma Gombak, En Samad Ashaari dan Pengarah Task Force Bakul Kasih Ramadhan 2019, Saudara Zulfadli Zakaria. Manakala di Hospital Ampang, penyerahan diketuai oleh NYDP Isma Gombak, Saudara M. Hafez dan Dr Nuaim Nasir, Pengerusi I-Medik Gombak.

Objektif utama penganjuran program ini adalah untuk menziarahi pesakit dan petugas kesihatan yang bertugas di bulan Ramadan. Program yang bermula 4.30 petang, telah berakhir pada jam 6.30 petang. Diharap program ini akan diteruskan lagi di tahun mendatang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *