Sorotan Projek Kasih Ramadan IKhidmat Gombak

Oleh: Mohd Syafiq Iqbal

Batu, 26 Mei – Projek Kasih Ramadan anjuran IKhidmat Gombak dengan kerjasama Persatuan Penduduk PPR Batu Muda, telah berlangsung di padang utama kawasan PPR Batu Muda, Kuala Lumpur.

Batu, 26 Mei – Projek Kasih Ramadan anjuran IKhidmat Gombak dengan kerjasama Persatuan Penduduk PPR Batu Muda, telah berlangsung di padang utama kawasan PPR Batu Muda, Kuala Lumpur.

Dengan tagline ‘Peduli Ummah’ Projek Kasih Ramadan ini merupakan inisiatif IKhidmat Gombak untuk memberikan sumbangan berbentuk barangan dapur kepada 200 orang penerima yang terdiri daripada golongan asnaf, ibu tunggal, mualaf dan mereka yang kurang berkemampuan.

Projek ini juga merupakan kerjasama bersama Persatuan Belia Islam Nasional Gombak, ISMA Cawangan Gombak, Majlis Perwakilan Penduduk Subzon 4, dan mendapat sokongan penuh daripada Pejabat Khidmat Masyarakat Parlimen Batu dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Kemuncak projek ini adalah majlis penyerahan sumbangan dan berbuka puasa bersama dengan penerima sumbangan. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YB Parlimen Batu, Tuan P. Prabakaran dan juga YDP ISMA Cawangan Gombak Tuan Hj Abdul Samad Ashaari dengan menyerahkan bantuan sumbangan kepada golongan yang disasarkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *