Serahan Bakul Ramadan Biro Keluarga Masyarakat (BKM) ISMA Gombak di One Selayang

Oleh: Muhammad Aiman Bin Khalid
Selayang, 20 Mei- Biro Keluarga dan Masyarakat (BKM) Ikatan Muslimin Malaysia cawangan Gombak semalam telah berjaya menyerahkan bantuan Ramadhan kepada 10 penerima asnaf di Surau One Selayang.

Bantuan ini telah disampaikan oleh wakil BKM Isma Gombak, saudara Muhammad Thalhah Bin Kamarol Zaman kepada 10 keluarga yang memerlukan. Bantuan terdiri daripada keperluan asas bahan makanan dan lain-lain.

Saudara Thalhah berkata, “bantuan asas yang disalurkan oleh Isma Gombak ini bertujuan sedikit sebanyak untuk membantu keluarga yang susah menghadapi bulan Ramadhan. Sekurang-kurangnya mereka dapat menyambut bulan Ramadhan dengan keperluan rumah yang mencukupi untuk seisi keluarga.

Ikatan Muslimin Malaysia cawangan Gombak sentiasa menyokong aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Jawatankuasa Surau One Selayang bagi mengimarahkan dan memeriahkan bulan Ramadhan dengan pengisian yang bermanfaat kepada penduduk setempat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *