SENTUHAN RAMADAN : Berkongsi Rezeki, Erat Silaturrahim

Oleh : Ummi Shahirah Humaidi

GOMBAK, 20 Mei – Program Sentuhan Ramadhan anjuran Kelab Remaja ISMA (KRIM) cawangan Gombak telah diadakan di Rumah Anak-anak Yatim Al-Nasuha, Kg. Changkat, Gombak. Program ini berjalan sepanjang Ramadhan seluruh Malaysia di bawah pakej Akademi Remaja KRIM (ARK) di mana peserta terdiri daripada remaja 15 -17 tahun dari sekolah menengah sekitar daerah Gombak. Pelbagai pengisian dan aktiviti menarik telah diadakan seperti latihan amali solat fardhu, permainan dalam kumpulan, dan perkongsian inspirasi Ramadhan dari kisah benar kepada anak-anak yatim yang berusia 3 – 15 tahun.

Program ini bertujuan untuk menjadikan aspirasi remaja muslim sebagai objektif utama di samping melahirkan remaja yang terdidik, mampu berbakti dan memahami tanggungjawab sosial pada masyarakat serta golongan memerlukan seterusnya dapat melahirkan lebih ramai wajah gemilang remaja Malaysia. Sebagai pengakhiran, penyampaian sumbangan Bakul Ramadhan ISMA Gombak telah disempurnakan oleh Yang Dipertua ISMA Gombak, Tuan Haji Abdul Samad bin Ashaari kepada pihak pengurusan rumah anak yatim dengan harapan dapat meringankan beban mereka. Akhir sekali, sesi bergambar bersama semua penghuni dan peserta program pada jam 12.00 tengahari dan setiap peserta pulang dengan membawa inspirasi untuk lebih menghargai insan sekeliling dan bersyukur atas segala yang dimiliki.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *