Edaran Iftar Ramadan 2019

Oleh: Nur Areisman Salleh

Gombak, 14 Mei- Seramai 13 aktivis Ikatan Muslimin Malaysia cawangan Gombak telah mengambil bahagian didalam aktiviti mengedar juadah iftar di sekitar Gombak.

Program ini menyasarkan edaran iftar kepada mereka yang terperangkap didalam kesesakan lalu lintas dan tidak berkesempatan untuk berbuka pada waktunya. Dua tempat strategik telah dipilih iaitu di sekitar simpang empat Greenwood dan berhampiran Taman Metropolitan Kepong.

Sebanyak 200 bungkus makanan telah berjaya diedarkan dan mereka yang menerima pemberian iftar ini memuji usaha yang dilakukan oleh pihak Isma Gombak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *