Ahli NAZIM Gombak menjuarai Pertandingan Azan

Oleh: Nur Areisman Salleh

Selayang, 21 April 2019- Muhammad Fahmi Iqbal bin Amri telah berjaya menjuarai pertandingan azan yang telah dianjurkan oleh Musolla One Selayang An- Nurul Kareem (MOSANK) bertempat di One Selayang.

Adik Fahmi berjaya mengalahkan 11 peserta yang lain sekaligus dinobatkan sebagai juara dan menerima hadiah berupa sebuah basikal, senaskhah Al-Quran, wang tunai & sijil penyertaan.

Adik Fahmi merupakan ahli NAZIM (Kelab Anak- Anak Hebat ISMA) dan aktif dalam setiap program yang dianjurkan NAZIM. Diharapkan beliau terus berjaya dalam setiap aspek kehidupan dan menabur bakti kepada keluarga, seterusnya kepada ummah. Tahniah sekali lagi diucapkan kepada adik Fahmi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *