PENDAPAT MASYARAKAT MENGENAI PENGARUH MEDIA DALAM GEJALA ISLAMOPHOBIA

Di sini saya tidak bersetuju dengan media layar yang membawa watak agamawan yang jahat. Ini kerana saya berpendapat media sedang mempromosi satu bentuk islamophobia secara tidak langsung kepada masyarakat.

Buktinya?

Bila kita lihat hari ini, ramai orang- orang muda tanpa segan silu mempertikai dan menghina para ulama. Benar, ada manusia yang bersikap munafik dan mengambil kesempatan atas imej agama , tetapi biarlah buat perbandingan supaya ada penilaian dan masyarakat tidak hanya membenci secara membuta tuli. Tunjukkan pada masyarakat bahawa ada agamawan yang benar-benar ikhlas merintih dan memperjuangkan agama Allah vs agamawan yang menunggang agama.

Jika hanya ada satu watak individu yang memegang watak ustaz, dan diberi watak munafik, kesannya masyarakat hanya melihat satu sisi dan posisi seorang ustaz itu sahaja. Namun, jika ada dua individu, berstatus ustaz, barulah ada mesej, dan boleh membuatkan masyarakat berfikir dan menilai , bukan menerima buta-buta sehingga menaikkan amarah, dan secara tidak langsung memukul rata semua agamawan adalah begitu.

Sudah pasti jika ada perbandingan tokoh di dalam drama, ia bukan sekadar drama kosong untuk mengalihkan pandangan dan memberikan persepsi buruk buat agamawan tetapi satu platform baru supaya masyarakat boleh berhibur sambil berfikir. bukan sekadar hiburan kosong yang tidak ada mesej dan nilai-nilai kemanusiaan.

Ini tidak adil.

Jika mahu buat perbandingan, biarlah watak agamawan yang sebenar, yang tawaduk dan zuhud itu lebih menyerlah posisinya daripada watak yang bersifat negatif. Ini membawa kepada stigma untuk membenci golongan agamawan. Kalau kita lihat kebanyakkan anak-anak muda sekarang biadap terhadap para ulama adalah disebabkan media yang memanipulasi watak agamawan dan seterusnya mencetuskan islamophobia dikalangan orang islam itu sendiri

*SILA RUJUK CARTA PAI

Carta pai menunjukkan peratusan angka mengenai peranan dan pengaruh media di dalam isu – isu Islamophobia. Angka tertinggi dicatatkan ialah 15.28%, di mana rakyat Malaysia berpendapat dan bersetuju bahawa media massa memberi gegaran impak yang luar biasa kepada fenomena Islamophobia.

Media adalah satu-satunya medium yang bertanggungjawab untuk menyampaikan sesuatu berita. Dan umum kita ketahui semenjak sedekad lalu, media-media sering memberi imej gambaran yang salah terhadap Umat Islam. Media sentiasa mempamerkan sisi buruk individu yang beragama Islam melalui drama-drama tempatan mahupun berita berita tempatan dan antarabangsa, dimana menunjukkan sikap dan sifat hasad dengki ,pergaduhan sesama umat Islam sedangkan ianya berlaku pada setiap individu tanpa mengira batas agama.

Disini saya lampirkan contoh kenyataan media bertarikh  Disember 26, 2018. “BUKIT MERTAJAM: Polis menahan seorang lelaki yang juga paderi bagi membantu siasatan berhubung kejadian mencabul kehormatan seorang gadis yang datang mengurut di rumahnya di sebuah apartment di Jalan Laguna 2, Perai di sini baru-baru ini.”

Dan September 23, 2018 “KUALA LUMPUR: Seorang guru agama, yang merupakan pengetua sebuah pusat tahfiz di Kepong, ditahan polis kerana dipercayai meliwat sembilan pelajar pusat tahfiz berkenaan”

Perkataan pertama adalah penting untuk memberi impak kepada pembaca. Perbezaan diantara kedua-dua artikel ialah, artikel pertama, media tidak memberi “spotlight” pada status agama individu tersebut tetapi pada artikel kedua yang melibatkan individu Islam, media menggunakan agama sebagai satu medium untuk mempromosikan Islamophobia baik di kalangan non-muslim atau muslim itu sendiri. 
Begitu juga dengan insiden baru-baru ini di Christchurh New Zealand pada 15 MAC 2019, dimana pembunuh yang metrupakan pengganas kejam telah membuat liputan langsung yang membunuh umat Islam ketika hendak menunaikan solat Jumaat dilabel sebagai “angelic boy” untuk meraih dan menjajah minda manusia seterusnya untuk “melindungi” kejahatan tersebut.

Kedua-dua gambar di dalam ini adalah dihasilkan oleh media yang sama. Perhatikan artikel disebelah kanan yang menggunakan perkataan “maniac” untuk muslims manakala “angel” untuk non-muslim. Perkataan “maniac” ini adalah satu kenyataan yang sangat merbahaya kerana melambangkan ketidakstabilan mental seorang muslims dan mencetuskan suasana islamophobia baik dikalangan sesama umat islam mahupun bukan Islam, manakala, artikel disebelah kiri, ketika membacanya gambaran lebih tenang kerana perkataan “angel” yang digunakan sedangkan realitinya ia adalah masterpiece pengganas yang kejam. Ini merupakan contoh pengaruh media yang kuat untuk mempengaruhi minda separa sedar manusia dan secara tidak langsung mempengaruhi kepercayaan seseorang terhadap agama Islam ataupun pencetus kepada Islamophobia.

Maka, konklusinya tidak hairanlah jelas disini masyarakat Malaysia memahami dan bersetuju bahawa media memainkan peranan penting dalam menyemarakkan isu-isu Islamophobia di seantero dunia. Justeru, tidak hairanlah jika kita lihat masyarakat Malaysia bersetuju bahawa peranan media yang memburukkan imej Islam dan menyebabkan rasa benci dan takut yang melampau terhadap agama Islam seterusnya membawa kepada gejala Islamophobia diseluruh negara.

kredit fb: مرتينا فاتين شوهيداه

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *