Ijtima’ Bulanan ISMA Gombak

Gombak, 16 April- Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan Gombak telah mengadakan ijtima’/ himpunan bulanan bertempat di Dewan Seminar Masjid Saidina Hamzah, Taman Batu Muda. Dianggarkan seramai 200 orang ahli menyertai ijtima’ bulanan ini. Disamping itu, program ini turut dihadiri Presiden ISMA, Tuan Haji Aminuddin Yahya yang sempat menyampaikan amanat. Antara isi penting amanat beliau ialah keperluan ahli ISMA untuk menyantuni masyarakat seterusnya memperkenalkan ISMA kepada masyarakat. Selain itu, Yang Dipertua ISMA cawangan Gombak, Tuan Haji Abdul Samad turut menyampaikan hala tuju ISMA Gombak sepanjang tahun ini. Program ini diakhiri taklimat khas berkenaan gerak kerja komuniti oleh Ustaz Muhammad Assiddiq Fauzan. Ijtima’ berakhir pada jam 11 malam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *