Pertemuan Mahabbah Pemuda ISMA Gombak dan Dewan Pemuda Pas Wangsa Maju

11 April 2019, Pemuda ISMA Gombak (Pemuda) telah menerima jemputan mahabbah dari pihak Dewan Pemuda Pas Wangsa Maju (DPPWM). 
Pertemuan ini bertempat di Markas Pas Wangsa Maju. Delegasi ISMA Gombak diketuai oleh Tuan Haji Abd Samad, YDP Isma Gombak dan disambut oleh Ustaz Rani, YDP Pas Wangsa Maju.

Pertemuan ini membincangkan ruang kerjasama diantara pihak Pemuda yang diwakili saudara Faiq Naqiuddin dan Ust Abd Hadi yang mewakili DPPWM dalam menyantuni masyarakat setempat dan seterusnya membumikan agenda dakwah di kawasan ini.

Diharapkan pertemuan ini merupakan titik tolak untuk melahirkan pelbagai program kerjasama diantara dua pihak yang dapat memberi manfaat pada umat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *