Ceramah Bersempena Isra Mikraj di SMK Danau Kota

Oleh: Muhammad Hasif bin Md Zakaria

Gombak, 5 April – Kelab Remaja ISMA ( KRIM ) cawangan Gombak telah dijemput untuk berkerjasama menjayakan program ceramah Isra Mikraj di SMK Danau Kota, Kuala Lumpur pada hari Jumaat lepas. Program yang melibatkan hampir 300 orang pelajar muslim tingkatan 3 hingga 5 memfokuskan pada peristiwa israk mikraj dan ibrah – ibrah disebalik peristiwa tersebut.
Ceramah tersebut telah disampaikan oleh En. Zaim. Beliau merupakan alumni ahli Kelab Remaja ISMA ( KRIM ) dan kini merupakan pelajar Sarjana Muda Komunikasi Penyiaran di Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *