‘Jom Geng’ ajak remaja penuhi masa lapang dengan aktiviti berfaedah

Oleh: Muhammad Hasif bin Md Zakaria

Shah Alam, 30 Mac – Kelab Remaja ISMA (KRIM) cawangan Gombak bersama remaja sekitar Gombak dan Rawang telah meluangkan masa bersempena cuti sekolah sepanjang dua hari satu malam di Shah Alam, Selangor.

Aktiviti Jom Geng ke Shah Alam kali ini diisi dengan pengisian dari Abang Farhan, Pengarah KRIM Shah Alam dan Ustaz Adnin, Pengasas Tarbiah Sentap.

Pengisian mereka tertumpu pada topik mengisi masa lapang dengan perkara berfaedah dan izzah (bangga) dengan cara hidup islam.

Pada malam hari, para remaja bersama-sama melakukan Qiamulail dan menunaikan solat subuh berjemaah.

Di samping itu, remaja turut didedahkan dengan aktiviti sukan sunnah berenang.

Aktiviti di bawah program “Jom Geng” anjuran KRIM Gombak ini diadakan setiap bulan bertujuan untuk membina kefahaman tentang islam di kalangan remaja dengan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *