Pemuda Isma Gombak bantu mangsa bencana hujan ribut

 

Oleh: Mohd Faiq

Gombak, 29 Mac – Pemuda Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) cawangan Gombak hari ini telah menghantar satu kumpulan sukarelawan dalam usaha satu misi bantuan mangsa bencana hujan dan ribut di perkampungan orang asli.

Menurut Ketua Unit Sukarelawan Pemuda Isma Gombak, Saudara Syed Abdul Hadi, kehadiran sukarelawan Pemuda Isma Gombak hari ini adalah membantu agensi-agensi kerajaan yang terlibat dalam memberi pertolongan kepada mangsa serta membersihkan kawasan yang terlibat.

Selain itu, beliau juga berkata bahawa Pemuda Isma Gombak berazam untuk memberi khidmat kepada masyarakat di Gombak dalam membantu permasalahan yang berlaku.

Pemuda Isma berharap agar para pemuda terutama di sekitar Gombak dapat menyertai skuad sukarelawan ini dalam usaha menyumbang dan berkhidmat kepada masyarakat.

Kejadian hujan dan rebut menimpa di kawasan perkampungan orang asli Batu 11, Jalan Gombak pada khamis lepas telah menyebabkan beberapa rumah rosak dihempap pokok tumbang termasuk Pondok Penyayang Raudhah dan lapan orang termasuk tiga kanak-kanak cedera dibawa ke hospital untuk rawatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *