Golongan Muda Majoriti Barisan Jawatankuasa Cawangan Isma Gombak

Gombak, 10 Feb –Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) cawangan Gombak hari ini telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Isma Gombak 2019 bagi memilih ahli jawatankuasa yang baru bagi sesi 2019-2021.

Seramai 8 orang ahli jawatankuasa baru telah dipilih termasuk Yang Dipertua (YDP), Naib Yang Dipertua (NYDP) dan Ketua Wanita (KW). Majoritinya terdiri dari golongan orang muda.

Tuan Hj Abdul Samad Ashaari telah dipilih menjadi YDP, En M. Hafez sebagai NYDP manakala Puan Noorhafizah Ismail sebagai Ketua Wanita. Berikut merupakan senarai penuh barisan ahli jawatankuasa baru Isma Gombak bagi sesi 2019-2021.

Yang Dipertua : Abdul Samad Bin Ashaari
Naib Yang Dipertua : M. Hafez
Ketua Wanita : Noorhafizah Binti Ismail
Ahli Jawatankuasa :

1. Mohd Hafizan Bin Abdul Wahab
2. Hassriq Hafize Bin Abdul Halim Hafiz
3. Ahmad Yassin Bin Azman
4. Mohd Faiq Naquiddin Bin Md Pazin
5. Ashraf Hakim Dzulkarnain Bin Azman

Diharap barisan baru jawatankuasa Isma Gombak memacu agenda Melayu dan Islam dengan lebih jauh dengan terus mendekati masyarakat setempat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *