Abdul Samad YDP Baharu Isma Gombak

Gombak, 10 Feb – Tuan Haji Abdul Samad Ashaari telah dipilih sebulat suara menjadi Yang Dipertua (YDP) Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) cawangan Gombak bagi sesi 2019-2021 hari ini sempena Mesyuarat Agung Tahunan Isma Gombak 2019.

Bertemakan ‘Meluhur Kesetiaan Bangsa Membangun Jiwa Merdeka’ mesyuarat kali ini telah diadakan di Tamu Hotel, Kampung Baru dihadiri hampir 150 orang ahli Isma Gombak berserta beberapa orang jemputan beserta.

Perlantikan Tuan Haji Abdul Samad menggantikan En Zuraidi Zakaria yang telah menjadi YDP Isma Gombak selama 9 tahun di mana sebelum ini beliau dilantik sebagai naib YDP.

Tuan Haji Abdul Samad merupakan seorang dikenali di kawasan tempatan terutama dari pihak masjid sekitar Gombak dan Selayang.

Diharap dengan perlantikan ini, beliau dapat memimpin Isma Gombak dengan lebih jauh lagi dalam membawa agenda Islam dan Melayu di kalangan masyarakat terumata di sekitar Gombak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *