Sekularisme tidak mempunyai asal usul dari Islam

Sekularisme tidak mempunyai asal usul dari Islam. Sekularisme meletakkan Islam menjadi satu sistem yang diperkecilkan peranan dan direndahkan martabatnya.

DAP mengangkat sekularisme sebagai cara hidup mereka. Bagi DAP, Islam sama taraf dengan agama lain; kalau tinggi sikit pun, DAP hanya anggap sebagai “agama rasmi”, agama pada upacara tertentu, hari tertentu, di sudut tertentu. Bagi DAP, Islam bukanlah pada mafhum “deen” yang sepertimana Al Quran.

DAP hanya iktiraf sudut sejarah Tanah Melayu bermula selepas merdeka, iaitu sejarah yang dibentuk penjajah sekular British. DAP memisahkan tanah air kita dari akar umbi sejarahnya yang ada hubungan kuat dengan Islam.

Tiba-tiba, seseorang yang berfikrah DAP, iaitu satu organisasi yang tidak pernah berniat memuliakan dan meninggikan Islam, dianggap layak menjadi pemegang amanah Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia (YADIM).

Bencana apa yang menimpa negara ini?
Hasbunallahu wa nikmal wakil.

#MalaysiaNegaraIslam

 

Norhidayah Ismail
Aktivis Isma Gombak

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis. Ia tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) cawangan Gombak, mahupun Ismagombak.com.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *