YDP Isma Gombak Lancar Laman Web Baru

 

Gombak, 12 Jan – Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) cawangan Gombak telah melancarkan lawan web baru beralamat ‘www.ismagombak.com’ dalam satu program Hari Keluarga Isma Gombak, hari ini.

Pelancaran telah dilancarkan oleh Yang Dipertua Isma Gombak, En Mohd Zuraidi Bin Zakaria.

Menurut Ketua Biro Komunikasi & Multimedia Gombak, En Mohd Faiq Naquiddin Md Pazin, pelancaran web Isma Gombak bertujuan untuk menaikkan imej serta sebagai medium untuk menyampaikan makluman kepada masyarakat terutama sekitar Gombak berkaitan dengan aktiviti-aktiviti yang telah dianjurkan.

Selain itu, masyarakat dapat mengenali Isma Gombak dengan lebih dengan melayari lawan web tersebut.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *