Hari Keluarga Isma Gombak Merapatkan Lagi Hubungan Ahli

Oleh Mohd Faiq Naquiddin Bin Md Pazin

Gombak, 12 Jan – Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) cawangan Gombak telah mengadakan satu program Hari Keluarga Isma Gombak bertemakan “Mengerat Ukhuwah Mengencar Dakwah”, hari ini.

Menurut Ketua Biro Keluarga & Masyarakat Isma Gombak, En Yassin Azman, objektif program ini adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara ahli Isma Gombak dari pelbagai lapisan usia dan kerjaya dalam meneruskan agenda Isma Gombak untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat tempatan terutama sekitar Gombak.

Bertempat di Riyadh Restu, Rawang, lebih 250 orang peserta termasuk kanak-kanak yang menghadirkan diri didedahkan dengan pelbagai aktiviti tradisional seperti memecah buah kelapa, mengukur kelapa dan larian kasut tempurung kelapa.

Selain itu, penyampaian anugerah juga diberikan kepada beberapa orang ahli yang berjaya mencapai kecemerlangan yang tinggi dalam perlbagai aspek termasuk pendidikan.

Program yang bermula dari jam 8.30 pagi tamat pada jam 5.30 petang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *