KLS Gombak Kini Kembali

Gombak : Remaja lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dijemput untuk menyertai Kem Lepas SPM (KLS) anjuran Kelab Remaja Isma (KRIM) cawangan Gombak, sebuah agensi di bawah Ikatan Muslimin Malayia (Isma) cawangan Gombak yang memberi fokus dalam pembangunan remaja sekolah.

Pengarah KRIM Gombak, saudara Ashraf Azman Dzulkarnain berkata program KLS yang bakal dianjurkan ini dapat memberi satu panduan kepada para remaja dalam menentukan hala tuju mereka selepas tamat persekolahan. Antara perkara yang bakal dikongsi termasuk tips untuk bakal mahasiswa dan pameran informasi kerjaya.

Program ini bakal diadakan di SMK Sg Pusu, Gombak pada hari Ahad 23 Disember 2018 ini bermula jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *