Tahniah Umar & Iman Cemerlang UPSR UPSRA

ISMA Gombak merakamkan setinggi- tinggi ucapan tahniah kepada anak-anak ahli ISMA Gombak yang telah mendapat keputusan cemerlang bagi UPSR (Ujian Penilaian Sekolah Rendah) dan UPSRA (Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama’ baru- baru ini.

Adik Umar Al Farouq bin Rizaidi dari Maahad Tahfiz Sains Siti Fatimah Az-Zahrah telah berjaya mendapat 6A di dalam UPSR dan keputusan ‘Mumtaz’ bagi UPSRA. Beliau juga menerima anugerah al-Hafiz Junior.

Selain itu, adik Iman Nur Insyirah binti Nazre dari SK Kalumpang Kerling, Selangor telah berjaya mendapat 5A 1B di dalam UPSR dan keputusan ‘Mumtaz’ bagi UPSRA. Beliau juga terpilih sebagai penerima anugerah Tokoh J-Qaf SK Kalumpang bagi tahun 2018.

Diharapkan kejayaan di dalam UPSR dan UPSRA ini menjadi titik tolak bagi adik-adik untuk mencapai kejayaaan yang lebih besar di masa hadapan insya Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *